Wednesday, November 7, 2012

Minggu Memenuhkan Freezer


Agak suram produktivi yang nak ditonjolkan minggu ni.. hehe!  Sebab memproses frozen food yg tak siap2.. Nilah, sekarang ni duk tunggu kukusan terakhir pau bagi memenuhi tempahan 3 orang sahabat yang bakal datang hari Jumaat esok.. Sejak pagi tadi buat karipap, lepas tu menyelongkar kotak2 dalam rumah ni (2 plastik sampah hitam jugakle barang buangannya..) dan menyambung dengan satu adunan pau.  Untuk satu adunan ni cuma dapat 5 peket je iaitu 45 biji.  Siap yang 45 biji ni, maka akan melimpahlah freezer comel saya tu... Selagi dorang tak ambik, tak bergerak lah jawabnya kilang pau & karipap.  Talking about pau, kalau anak saya si Fawwaz tu boleh abiskan sekali 3-4 biji, apatah lagi yang tua darinya.. Kalau ada abi, memang boleh berebut.. haha!

 
Kek opera untuk cikgu2 Fawwaz.. Sempena perpisahan


 

No comments:

Post a Comment