Monday, December 31, 2012

Carrot Cake - Penutup Tahun 2012

 Takde deko2... nak makan sendiri je. N bagi jiran kalau terserempak... :)

Saturday, December 15, 2012

Tempahan Terkini - RV


Tempahan RV oleh Faizah - sebelum saya pindah ke Jitra


Comment dari Faizah di FB:


Faizah Mohd Zaki Terima kasih sebab terima tempahan masa dah nak pindah..Semoga bertambah Rezeki di tempat baru...jitra, kedah.. Btw, the RV tu memang sedap! Tebal n irresistible ! 


Thursday, November 29, 2012

Friday, November 9, 2012

Kek Span Pelangi

Order dari Ani Maskam. Dia juga order 17 peket pau dan 3 peket karipap.  Sebulan tak abis punya... Adoi! Rindu bakal mendatang ni..



Comot je DC akak.. dapat juga bagi kawan2 rasa. Yg bukan kaki durian tu, mahap je le.. hihihi

Edited:

Customer bagi testimonial...TQVM Ani.. :))
Kata Ani:
"Rainbow cake with cream cheese topping. Marvellous. The kids are enjoying it. Thank you Harte for the lovely cake. xoxo"

Wednesday, November 7, 2012

Minggu Memenuhkan Freezer


Agak suram produktivi yang nak ditonjolkan minggu ni.. hehe!  Sebab memproses frozen food yg tak siap2.. Nilah, sekarang ni duk tunggu kukusan terakhir pau bagi memenuhi tempahan 3 orang sahabat yang bakal datang hari Jumaat esok.. Sejak pagi tadi buat karipap, lepas tu menyelongkar kotak2 dalam rumah ni (2 plastik sampah hitam jugakle barang buangannya..) dan menyambung dengan satu adunan pau.  Untuk satu adunan ni cuma dapat 5 peket je iaitu 45 biji.  Siap yang 45 biji ni, maka akan melimpahlah freezer comel saya tu... Selagi dorang tak ambik, tak bergerak lah jawabnya kilang pau & karipap.  Talking about pau, kalau anak saya si Fawwaz tu boleh abiskan sekali 3-4 biji, apatah lagi yang tua darinya.. Kalau ada abi, memang boleh berebut.. haha!

 
Kek opera untuk cikgu2 Fawwaz.. Sempena perpisahan


 

Saturday, November 3, 2012

Bahulu Pelangi

Kek yg sudah saya transform menjadi baulu.. Boleh dipelbagaikan filling dari coklat, buttercream atau cream cheese



Friday, November 2, 2012

Tempahan Kek Minggu Ini

Hari ni buat delivery kek ke Bandar Baru Bangi.  Kek Maddy yang saya buat petang semalam... Memang rezekilah kalau saya dapat buat penghantaran.  Sementara Fawwaz masih sekolah dan hubby ada minggu ni.. Kalau dah cuti nanti, mungkin dah tak dapat buat.. Customer kena pick up sendiri ke Anjung Hijo ni..

2 biji cheesecake.. 
Suka sangat sebab yg ke-2 tu jadi elok macam ni.  Dah 3 kali kebelakangan ni duk merekah je


2 biji chocolate moist size kecik.. Takde deko macam selalu.. tuang ganache je. Boleh colet2 yg meleleh tu.. hehe.



Thursday, October 25, 2012

5 biji Kek Raya..

Chocolate Moist untuk Maddy.. Ciskek tu pun Maddy punya... :)
 


2 biji RV untuk Bde Mah..


Saturday, October 20, 2012

Tempahan RV Cuppies & Carrot Cake

Semalam (Jumaat) saya selesaikan Red Velvet cuppies untuk Ayu sebanyak 16 biji (min order).  Since Ayu pun tak sebut nak berapa, saya bagi je yg minimum.. Lagipun rakyat dia sikit je hehehh..

 Seninya RV dalam cawan ni... :D 

Petang ni pula ustazah dah pick up Kek Carrot Walnut yg menjadi dambaannya bersama suami yg juga ustaz.  Punyalah rahsia identiti pasangan ni... ;)

TERIMA KASIH SEMUA!  I LOVE U... :D

Wednesday, October 17, 2012

Kek Coklat Untuk Tati



Hari ni first time saya cuba resipi ni sebab bahannya agak mudah.  Saya pun buat ala2 emergency je.  Nak buat surprise cake utk BFF saya Tati yg nak ambil kuih pau tempahannya.  Hari ni birthday dia dan kebetulan saya agak relaks pagi tadi sebab cikmat anak saya mogok taknak sekolah.  Jadi, takdelah nak keluar masuk gate.. OK lah kek ni, tapi kurang sikit moist berbanding resipi yang selalu saya guna tu..

 
 

Tuesday, October 16, 2012

Kek Opera... Meletop gitu!

Hari ni hantar Kek Opera ke Mines Resort.. Tempat yg tak ada kenangan pada akak (kalau ada pun, cafenya), tapi ada organisasi yang masih lekat namanya pada akak di situ.. Yang buat melekat ialah sebahagian kakitangan dan bekas2 nya juga yang masih menjadi sahabat.. BFF dan yg paling best, customer akak leee :D

Kek ni Lynn x partner akak kat Finance Unit dulu yang order..
Kek ni memang manis... tp sedap!

Lepas selesai urusan kek ni, sambung kerja2 antara 2 darjat pulak - mengepau.  Kalau kek sebiji RM80, pau ni cuma 40 sen.. Tapi saya suka buat kedua2nya.  Pau ni kegemaran anak saya, jadi mesti suka buat.  Tati kawan saya tu pulak order bukan sikit, tapi 25 pek!!  Sampai tak ingat dah kali keberapa dia order, mungkin kali ke-3 kot... Esok boleh pick up ye Tati  :D

Sunday, October 14, 2012

Tempahan Kek Terkini..

Tempahan minggu lepas merupakan Kek Carrot Walnut dan Opera.. Selain kek butterscotch yg saya ceritakan resipinya tu..

BFF ku Fidah yang order carrot cake untuk makan2 sendiri... selain karipap frozen 2 pek. Small family, cukup la tuu... hehe!

Yang ni pulak Opera Cake kakak saya yg order utk birthday en suami..  Walau agak remeh nak buat kek ni, saya suka sangat sangat membuatnya apalagi makan.. hehe!

La ni tengah sibuk menguli pau.. Kawan dah order 25 pek, bila2 siap boleh ambil.  Esok pulak nak buat sebiji lagi Opera cake.. Bestnya!

Friday, October 12, 2012

Butterscotch Nut Cake



Interior nye... kannn.. tak nampak mana pegi kekacang nye.. chef kekedut sgt! Padahal kat dapur tu banyak lagi..

Tuesday, October 2, 2012

Tempahan Seterusnya..

Ahad lepas adinda saya Wa dah ambil bahagian dia.. Sebiji RV dan berpeket2 pau kacang, donut dan karipap.  Tak taulah stok utk berapa lama hehe!

Gumbira makyang dengar.. Adam yg tak suka benda muak2 dan hanya suka kek ceklat mummy dia, jatuh suka dengan kek ni..  Tak taulah mummy dapat meneruskan hajat nak jual slices kat kedainya ke tidak.. :D

Yang bawah ni ialah situasi chest freezer saya yg chomel tu.. berhimpit2, tak bernafas!  Mungkin dah pindah Kedah nanti boleh buat permohonan untuk yg lebih besar sedikit..  Tapiiii..... tapi..... regular customers akak tu boleh bawak pindah sekali tak?? huhuhuuu....  Orang2 Kedah.. sapa2 duk Jitra ke, Darul Aman ke, Kokdiang ke... mai lah order ye.. Hehe!!
 Tak tau camna nak adjust gambar ni.. jadi menegak pulak semua.. :)

Monday, September 24, 2012

RV Tetap No.1

Yang di bawah ni tempahan kawan Atie dari Menara Petronas.  Kira regular customer yang selalu order kalau ada program makan2 kat office dorang.. Terima kasih ye! Lupa lak nak tanya nama kwan tu.. huhu

Yang ni pulak baru nak deliver esok pagi.. Ayu, x officemate punya.  Ayu terpesona tengok kek Shima yg sweet je hari tu.. tapi sorrylah, terkedekut warnalah pulak.  Jadi tak berapa nak gorgeous laa... Lagipun agaknya saya terlalu memikirkan harapan si Ayu tu, macam2 insiden terpele'ot jadi.  Harap2 mek tu suka lah ye... Tunggu je esok feedback dia kihkih!  Tapi dari segi rasa, InsyaAllah sama jee... ;)