Friday, August 24, 2012

Kek Hari Raya

Alhamdulillah dgn rezeki Ramadan & Syawal... Walau tak banyak, tapi cukup untuk membuat first timer macam saya ni kelam kabut, syahdu syahdan sebab tak dapat balik kampung on time! Ala.. lewat sehari je.  Pulak tu balik ala2 menyabung nyawa je sebab ngantuk yg teramat! Maklum, tak cukup tidur dan rehat.. ditambah dengan puasa lagi, dan memandu di siang hari yang agak panas.  Sampailah salah satu kek untuk keluarga terpelanting ke bawah seat sebab emergency brake.  Nak terlelap punya pasal dan kereta di depan stop tiba2 sebab nak beli kuih raya kat tepi jalan tu kot... huhu!  Maka habislah cream RV tu jadi benyek..hihi!

Batch pertama ialah 6 biji kek iaitu 2 Opera dan 2 RV untuk Tati... 1 biji rainbow dan 1 biji chocolate moist untuk Nurul Naisya..  Tima kasih le kengkawan ye!  :)


 Chocolate Moist

Rainbow Cake with fresh cream frosting

Opera Cake

Batch ke-2 untuk Datin Dyuhiza.. kawan lama yg dah menetap di Kelate.  20 tahun tak jumpa, gumbira sungguh hatiku masa hantar tu.. Tapi tak dapat sembang lama sebab kekangan masa.  Harap2 dapat jumpa lagi nanti..  Dyu order Red Velvet, Sponge Rainbow dan Carrot Walnut cake.


Yang di bawah ni pula order dari makcik saya Rin (Cik Na) yang tinggal di Taiping. Delivery dibuat ke rumah kampungnya yg dekat rumah kami tu je.. Kek yg dibuat saat2 jiwa kacau sebab tak dapat balik cepat hehe.. Alhamdulillah dapat disiapkan juga.

Ini kek Carrot Walnut untuk emak dan adik2.. Kena buat macam ni sebab adik2 nak yg ada frosting, mak pulak tak suka.. nak yang kosong... hehe!

Kek2 yang nak dibawa ke kampung untuk keluarga.. Deco pun ala2 comot je sebab nak cepat.  Hat yang coklat tu untuk di deko kemudian dan delivery pada Hari Raya ke-2.  Tempahan dari kawan sekolah rendah, Rusdan iaitu Choc Moist ala Russian Black & White.  Alhamdulillah.. mabeles katanya!  :))

Sepatutnya nak buat satu kek sponge rainbow yang besar untuk family day pada hari raya ke-2 tu.  Tapi dah tak sempat dan pening2 lalat.  Mujur juga ada extra RV untuk santapan ramai..:))  Dah potong2, macam ni lah kejadiannya.. Semua suka, akak laaaagi suka...hehe!
Gambar ihsan Fitria Amira (cousin saya)

Tuesday, August 7, 2012

Japanese Cheesecake

Dah 2 hari cik wan BFF saya asyik lupa nak collect pau & karipap frozen dia.  Tu sebab saya pun tak gerak nak menguli2 dan refill freezer tu.  Tengahari ni pulak saya buat delivery Japanese Cheesecake kat Ayu yg tgh demam tu.  Dia minta tolong sebab nak bagi officemate yg dah nak cabut dari ofis nostalgia saya tu. Kalau tak demam, Ayu dah tere dah buat cheesecake ni..



Wednesday, August 1, 2012

Tempahan Hari Ini - Frozen Foods

Tadi saya buat penghantaran 10 pek pau dan 10 pek karipap ke Wisma Genting untuk Aida dan 4 pek karipap + pau kepada kakak saya di Jalan Perak (belakang Wisma tu je..).   

Macam nilah rupa frozen karipap and pau akak... Alhamdulillah, sambutannya sangat baik dan semakin hot! Cuma akak je kekadang tak mampu nak buat banyak2.. terutama bila dah mula buat kek.  Capekkk... Tapi minat punya pasal, usaha dan gigih juga menyiapkannya..

Sebelum di packing.. Kalau Fawwaz, 3 biji sekali harung je.. sedap banget! heheh

InsyaAllah kalau maju nanti, tukar packaging yg lebih vogue  :D