Friday, June 29, 2012

RV Untuk Ziera

Kawan lama yg comel lote dan masih seperti 6-7 tahun yg lepas, Zira telah mengoder Kek RV untuk birthday en Daddy.. rupa2nya birthday dia pun esok lusa ni. Mesti sibuk sgt sampai boleh lupa b'day sendiri.. :D  Apa2 pun TQ Zira.. hari tu dah beli karipap dan pau. Esok2 order lg ekk... ngeee

 
 Hari ni jiwa kacau sikit... dahlah berjam2 nak siapkan sebiji kek, boleh terburai2 plastik krim warna merah tu kak permukaan kek yg putih krim tu masa tulis nama.. Belum kira lagi kerja remove frosting tu balik sebab tak kena di pandangan mata... Rugi sikit takpe, jangan sakit mata hehe...

Thursday, June 28, 2012

Tempahan Kek Hari Ini

Mari! Mari!  Sementara masih harga pembukaan... (sampai bila2 hari pembukaan.. :P).

Hah!! Saja akak letak font beso2.. biar besor mata membacanya.  Akak pun sejak dua menjak ni, mata dah turun nilai.. Symptom orang berumur.. hehehe.

Hari ni nak tayang 2 biji kek i.e. RAINBOW dan RED VELVET.  Yang order ialah sahabatku Atie.. Dah 4 kek dia order kat akak.. yang ni dia cakap nak promote kat kengkawan.. huhu terharu!! Tima kasih daun keladi  :))



Wednesday, June 27, 2012

Cuppies for Birthday Girl

Pembukaan kepada tempahan minggu ini.. RV cuppies dari Shima untuk birthday girl bawa ke sekolah.  Happy birthday Adawiyah!  Semoga menjadi anak solehah, penyejuk mata ummi dan abah.



Alhamdulillah... ada 3 lagi projek kek untuk disiapkan hujung minggu ni.  Selain frozen foods yg tak menang tangan nak buat.  Pelan2 bikin supaya tak hilang kualitinya.. Bimbang juga kalau 'lari tajuk' dek kerana tergesa2.. Moga2 dipermudahkan  :)

Thursday, June 21, 2012

Aneka Makanan Airtangan Cik Siti

Order beberapa hari ini.. Terkejar2 akak menyiapkan. Bukan banyak sangat, tapi maklum sajalah.. akak ni macam2 nak kena buat dalam satu masa.. Lagi pulak en abe belum pulang huhu.. Tapi Alhamdulillah, sangat menyeronokkan dalam penat dan kekurangan tu.. Masing2 kata sedap termaksuk mak dan mak mentua dorang.  InsyaAllah, mendapat berkat  :)

****************************
Kenkawan yg order karipap dan pau frozen pelbagai inti ialah Wan, Ani, Zana, Shima & Zira.  Ani dah nak buat stock up untuk puasa nanti.. Cukup kah? ehehehee.. jgn lupa datang lagi.  Nanti ku belanja cendol depan anjung hijo ye!  :D
 
 
RV ni Atie yg order.  Second time dah.. hari tu order Rainbow. Tq sesangat sbb promo sama.  Siap hantar gambar kek yg dah dibelah  :D

RV cuppies utk Razana..  Nak diberi utk wedding adik ipar dia..

Friday, June 15, 2012

Red Velvet Cuppies


Petang ni buat RV cuppies untuk dihadiahkan kepada seseorang esok.. Sebenarnya baru pertama kali saya membuat cuppies red velvet ni.  Sementelah ada yg bertanya, saya cuba buatlah.  Dan hasilnya sangat menyeronokkan saya..


Siap untuk esok.. yess tak sabar nak jumpa gang x-3 dara pingitan

**************
Tambah sikit tayangan amal... Kek Rainbow dengan tema 'fancy and easy' untuk harijadi Fawwaz pada 14/6.. Berjaya di bawa ke tadika pagi tadi... 


Tuesday, June 12, 2012

New Page, Rainbow dan Cotton Soft Cheesecake

Kek untuk Aula a.k.a. Cik Kakak (nama manja utk Fawwaz panggil)

Russian Black & White

2 biji Cotton Soft Cheesecake untuk Shima.  Dia order sekali karipap frozen..

Rainbow Cake untuk si kecil Fateh (anak cousin ku Anis)