Thursday, November 29, 2012

Friday, November 9, 2012

Kek Span Pelangi

Order dari Ani Maskam. Dia juga order 17 peket pau dan 3 peket karipap.  Sebulan tak abis punya... Adoi! Rindu bakal mendatang ni..



Comot je DC akak.. dapat juga bagi kawan2 rasa. Yg bukan kaki durian tu, mahap je le.. hihihi

Edited:

Customer bagi testimonial...TQVM Ani.. :))
Kata Ani:
"Rainbow cake with cream cheese topping. Marvellous. The kids are enjoying it. Thank you Harte for the lovely cake. xoxo"

Wednesday, November 7, 2012

Minggu Memenuhkan Freezer


Agak suram produktivi yang nak ditonjolkan minggu ni.. hehe!  Sebab memproses frozen food yg tak siap2.. Nilah, sekarang ni duk tunggu kukusan terakhir pau bagi memenuhi tempahan 3 orang sahabat yang bakal datang hari Jumaat esok.. Sejak pagi tadi buat karipap, lepas tu menyelongkar kotak2 dalam rumah ni (2 plastik sampah hitam jugakle barang buangannya..) dan menyambung dengan satu adunan pau.  Untuk satu adunan ni cuma dapat 5 peket je iaitu 45 biji.  Siap yang 45 biji ni, maka akan melimpahlah freezer comel saya tu... Selagi dorang tak ambik, tak bergerak lah jawabnya kilang pau & karipap.  Talking about pau, kalau anak saya si Fawwaz tu boleh abiskan sekali 3-4 biji, apatah lagi yang tua darinya.. Kalau ada abi, memang boleh berebut.. haha!

 
Kek opera untuk cikgu2 Fawwaz.. Sempena perpisahan


 

Saturday, November 3, 2012

Bahulu Pelangi

Kek yg sudah saya transform menjadi baulu.. Boleh dipelbagaikan filling dari coklat, buttercream atau cream cheese



Friday, November 2, 2012

Tempahan Kek Minggu Ini

Hari ni buat delivery kek ke Bandar Baru Bangi.  Kek Maddy yang saya buat petang semalam... Memang rezekilah kalau saya dapat buat penghantaran.  Sementara Fawwaz masih sekolah dan hubby ada minggu ni.. Kalau dah cuti nanti, mungkin dah tak dapat buat.. Customer kena pick up sendiri ke Anjung Hijo ni..

2 biji cheesecake.. 
Suka sangat sebab yg ke-2 tu jadi elok macam ni.  Dah 3 kali kebelakangan ni duk merekah je


2 biji chocolate moist size kecik.. Takde deko macam selalu.. tuang ganache je. Boleh colet2 yg meleleh tu.. hehe.