Monday, July 30, 2012

Tempahan Kek Rainbow

Pagi ni delivered 1 biji lagi kek rainbow ke blok sebelah ni je.. customer baru bernama Lina.  Tak sempat sembang pun, paskan kek terus akak keluar cari barang.  Harap2 menepati citarasanya lah!

 
 Masih teruja nak buat corak munge2 gini walau fresh cream tu cepat je nak benyek dek color dan perisa..  Mungkin selepas ni nak buat deco corak lain pula. 

Friday, July 27, 2012

Kek Carrot Menjadi pojaan.. :D

Pagi tadi saya deliver kek tempahan customer carta no 1 saya, iaitu Shima & Zana.  Dorang share-share KEK KAROT a.k.a WALNUT CARROT CAKE.. So, satu kek saya belah dua seperti ini gambar.  Selain tu Zana & Fidah pulak borong KARIPAP FROZEN sekali.  Dorang bertiga ni kerja sekapal la ni.  Kami pulak berkawan dah makan tahun.. BFF gitu!  Kan kann... ;))

 
 Kaya dengan cream cheese... ;).  
Dapat order lagi utk raya sebab kawan dah terguda tgk gambar kek ni hihi...

Untuk esok pulak, saya dah siapkan jenis kek yang sama, untuk Kak Pah (nama glamer hihi..) ex-officemate saya juga.  Kak Pah order kek ni untuk birthday hubby dia esok (ops dah masuk harini la..).  Lepas siap kek ni saya rasa lega dan suka hati.  Rasa senang nak menyiapkan.. Pastu terus solat Isya' dan sambung terawih.  Siap solat, cuci perkakasan, sapu dan mop lantai, basuh baju kanak2, kemas2kan cik mat yg tidur sambil pegang buku tu.. pergh banyak kerja tau!! Tapi terasa bahagia hidup ini tatkala menatap kek kak pah..hehe!



OKlah... nak masuk tidur.  Dah niat nak bangun awal sket untuk sahur.. :))

Monday, July 23, 2012

Tempahan Cupcakes Utk Kanak-Kanak

Tempahan dari Shima, antara yg menduduki carta teratas regular customer saya..hehe!  Shima order cuppies untuk birthday anaknya Mulkan yang sama baya dengan Fawwaz.  Teringat lak zaman kami sama2 pregnant di CSM dulu.. pakat beramai2.. Akak, Shima, Yuzie, Jid... sebelum tu Zana, Sha, belum kira spouse kpd staff lelaki lagi.. memang musim kaedahnya...hahaha!


Semoga Mulkan menjadi anak yang soleh dan menjadi penyejuk mata ummi.. Happy 5th Birthday sayang.. :)
 Pack macam ni senang nak bagi budak2 tadika.. dan lebih kemas

Thursday, July 19, 2012

Pink Velvet Cake & Cuppies



Balance adunan, saya buat cuppies cam gini..
 
 Sexy kann.... :D

 Beza sikit je color PV & RV ni... ;D


Tempahan Kek - Opera & Rainbow

Semalam delivered opera cake lagi... untuk Ayu, officemate masa saya keja kat CSM dulu.  Ayu ni sebenornya dah tere buat kek, tapi belum sanggup nak buat yg ni kot.. Tu yg dia order je, hihihi..  Tima kasih lah Ayu ye.. Selak2 le lagi muka blog ni untuk terus berjuang di dapur.  Tapi takde resipi kek baru la pulak.. :D
 
Ayu minta kek tu dibelah 2.  Maklumle, nak makan sensorang memanglah tak abis. Kalau habis pun, bahaya utk tubuh badan.. hihi!  Sorryle, usik saja.. Kalau akak abis je.  Sebab bagi saya, kek ni makin simpan lama kat peti sejuk, makin sedap rasanya. Yg bestnya semalam, dapat testimoni dari orang lain utk kek ni, hehe.. 
********

TEMPAHAN HARI INI

Sat lagi nak deliver kek ke CSM juga.. wing lama pulak.  Tempat nostalgia akak bekerja dulu2.. Teringat zaman saya duk terdongak-dongak mengira lampu dan macam2 atas siling, dinding dsb sebelum ofis beroperasi.  Kira 10 kali pun end up dengan figures yg berbeza.. haha!

Kali ni yg order ialah Nurul. Dia order Kek Rainbow.  Dan inilah hasilnya... teng tenenggg!!!

Tercapai juga hasrat nak buat kek yang dipenuhi dengan bunga (walau tak macam bunga..).  Tapi nak buat deco macam ni dengan fresh cream memang sulit juga.  Mana tak nya, kena color je mulalah benyek cream tu.  Tapi akak redah je.. Sebab akak tak suka pakai buttercream.  Setakat ni, customer pun tak kesahkan cream apa..  Hari2 nengok resipi Italian Buttercream, tapi tak datang2 seru tu..

************************************

LAGI GAMBAR TESTIMONI DARI ATIE DARI MENARA PETRONAS  :))

Antara komen2 Atie "Tie, ambik mood sebelum kita semua memulakan puasa insyallah Sabtu kan.. alhamdulillah, cake sedapp sgt.. my manager yg tak dapat rasa haritu pun kata sedap betul red velvet.. "


TERIMA KASIH SEMUA!!!! LOVE U ALL...MUAHHH!!!

Tuesday, July 17, 2012

Tempahan Opera & RV

Semalam dengan gigih saya menyiapkan kek tempahan sahabatku Atie untuk kek opera dan red velvet.  Maklumlah, weekend lepas berpoya2 balik kampung.  Sampai je KL semula, terus senseng lengan.  Atie buat special request utk opera yang ada pusar2 hitam putih dan RV yg empat segi  :))

KEK OPERA 
Sebelum buat whirlpool tu, saya siram dulu dengan ganache dan simpan dulu..
Kemudian keluarkan dari fridge, baru paipkan cream dan ganache.  Pening dan ketaq tangan masa buat pusar ni.. herot perot cream & ganache tu dikerjakan dek akak..huhu!  Satu lagi yang saya notice, coffee cream tu tak berapa rasa coffee, tak macam yg selalu saya buat (kali ni saya guna coffee emulco kedai bakeri punya).. Dari situ saya buat assumption yang lain brand lain rasa coffee tu.. Nak kena tuko!!

KEK RED VELVET

Ramai yang suka presentation RV ku kali ni.  Saya pun sama.. Walau sebenarnya idea tu datang last minute.  Asalnya nak buat rose, tapi tak menjadi.  Cuak juga sebab selalunya kalau fondant tu orang keringkan dulu sebelum pakai.  Kalau tak silap la.. Tapi saya buat keputusan ganas dengan tidak berbuat begitu palau duk terbayang2 hair dryer kat dalam drawer.  Sudahnya bila tengok gambar Atie tadi, nampakle fondant tu cairr.. Mujo le nampak mcm corak abstract kihkih... Maklum le, ilmu belum cukup :P

Inilah rupa kek-kek tu (gambar oleh Atie).... Janji sodap, tak gitu? Ngeeee... *mood nak makan sate la!*

Thursday, July 12, 2012

Kek dan Kawan2 Yg Supportive

Baking and baking... Tersangatlah penatnya tapi kugagahkan kerana seronok!  Bila kek dah siap tahap ke deco (yg kengkadang rasa hentah apa2), rasa lega sesangat!!!

My BFF Nab order sebiji KEK OPERA dan 4 pek karipap.  Dia order karipap dah lama tapi tak sampai2. Sekali dia order terus opera, lajuu je akak antar!  Alhamdulillah siap dan sampai dah kat tangan Cik Nab!  Tima kasih Nab.. I love U..  Dari abaya, Vemma, kuih, kek.. semua dia order.

 
 

KISAH SEMALAM

Semalam pula, siapkan tempahan buat Atie Nazam.  Regular customer dari Menara Petronas, merangkap sahabat yang tak jemu2 order.  Atie pun macam Nab juga.  Dari abaya hingga kek, dia order.  Sangat2 lah saya berterima kasih dengan mereka2 ni.. (termasuk kawan2 lain juga ye..).

Atie order 2 biji KEK RAINBOW.. Sebiji utk kawan dan sebiji utk dia.  Minggu depan dia order 2 biji kek lagi.. tungguuuu  :D


Saya suka color ni.. pink & white.  Dan hijau utk penambah seri (sebenarnya nak buat rossette, tapi tak menjadi, terus letak butang merah kat tengah hehehe..).  Kek ni tertinggi sampai menjadi masalah nak cari kotak.  Taulah bila last minute, semua takde kat kedai... :((

Cerita di sebalik yg kek yg di bawah ni.. rosette dah menjadi.  Tapi fresh cream meragam bila dah tambah pewarna dan perasa (saya letak perasa honeydew).  Dia jadi tak smooth dan macam nak 'benyek'..  Saya dah bubuh keliling, kemudian padam balik.. dan buat macam ni.  Plan asal nak buat rossette di keseluruhan kek dengan konsep warna purple & white.  Lepastu gatal tangan pulak bubuh benda oren tu.. nak buang tak boleh.. Tak puas sangat dgn yg ni...  Saya rasa kalau guna buttercream lebih mudah nak deco kot..


Friday, July 6, 2012

Tempahan Kek Lagi

Kek Russian B&W ni kawan lama kat Mega TV yg order.. Selepas lebih 10 tahun tak jumpa Pn Aida kita tu..

Masa upload gambar baru perasan huruf 'h' pada birthday tu tercicir.. Mujur Aida tak marah.. Anyway, saya pun dah buat modification hihi...  Aida kata kek ni sedap dan anak dia suka sgt.  Alhamdulillah.. thanks fren!!
 Interior kek - yg mcm spiral tu ialah cream cheese & ganache.  Lepastu di sekeliling kek disaluti juga dengan coffee cream cheese

**************************
Untuk hari ini (Jumaat), saya menyiapkan tempahan Dr Madihah (Maddy), geng lama masa di NISER dulu (ada budak gelar geng jepun haha).  Maddy tempah Walnut Carrot Cake utk birthday hubby dia dan Cotton soft Cheesecake utk dia sendiri dan anak2.  Lepas tu angkat sekali 5 pack karipap frozen.  

Dalamnya 2 lapis macam gini... layered with cream cheese

 Lately ni cheesecake saya kerepot gini la.. Nak kena 'find out' kenapa.. Mujur Maddy tak cerewet.. huhu!

 Frozen products yang mampu dibuat setakat ni.. Kadang2 rasa nak pengsan membuatnya, terutama bila permintaan datang serentak dengan permintaan kek.  Tapi sebab suka/minat dan semangat kuat, siaplah juga... Esok semangat nak penuhkan chest freezer tu semula :)