Thursday, July 12, 2012

Kek dan Kawan2 Yg Supportive

Baking and baking... Tersangatlah penatnya tapi kugagahkan kerana seronok!  Bila kek dah siap tahap ke deco (yg kengkadang rasa hentah apa2), rasa lega sesangat!!!

My BFF Nab order sebiji KEK OPERA dan 4 pek karipap.  Dia order karipap dah lama tapi tak sampai2. Sekali dia order terus opera, lajuu je akak antar!  Alhamdulillah siap dan sampai dah kat tangan Cik Nab!  Tima kasih Nab.. I love U..  Dari abaya, Vemma, kuih, kek.. semua dia order.

 
 

KISAH SEMALAM

Semalam pula, siapkan tempahan buat Atie Nazam.  Regular customer dari Menara Petronas, merangkap sahabat yang tak jemu2 order.  Atie pun macam Nab juga.  Dari abaya hingga kek, dia order.  Sangat2 lah saya berterima kasih dengan mereka2 ni.. (termasuk kawan2 lain juga ye..).

Atie order 2 biji KEK RAINBOW.. Sebiji utk kawan dan sebiji utk dia.  Minggu depan dia order 2 biji kek lagi.. tungguuuu  :D


Saya suka color ni.. pink & white.  Dan hijau utk penambah seri (sebenarnya nak buat rossette, tapi tak menjadi, terus letak butang merah kat tengah hehehe..).  Kek ni tertinggi sampai menjadi masalah nak cari kotak.  Taulah bila last minute, semua takde kat kedai... :((

Cerita di sebalik yg kek yg di bawah ni.. rosette dah menjadi.  Tapi fresh cream meragam bila dah tambah pewarna dan perasa (saya letak perasa honeydew).  Dia jadi tak smooth dan macam nak 'benyek'..  Saya dah bubuh keliling, kemudian padam balik.. dan buat macam ni.  Plan asal nak buat rossette di keseluruhan kek dengan konsep warna purple & white.  Lepastu gatal tangan pulak bubuh benda oren tu.. nak buang tak boleh.. Tak puas sangat dgn yg ni...  Saya rasa kalau guna buttercream lebih mudah nak deco kot..


No comments:

Post a Comment